Next Stepping Stone
28 Feb 2019
“Im glad I got new job, not long since my previous job. This
one is one of my favorite jobs. Playing and living in the book world.”
Syukur pada Tuhan, Dia Yang Mengatur Segala, susah senang
jatuh bangun aku hambaNya, Dia Yang Tentukan. Rezeki jodoh, kau tak perlu
cerita panjang lebar, semua dalam tanganNya. Kau stay diam2 dan teruskan hidup
macam biasa. Dah sebulan lebih menanam anggur, benih yang tersemai, still tak
buah hasil. Rumah kata pergi, job kata mari. Entah job apa yang memanggil,
memang tak panggil la, nak apply job pun berat.
Berpindah ke tempat baru, dalam dunia yang asing, cukup buat
diri terpencil. Bukan kerana someone, tapi something happened, dan aku kembali
pada nightmare aku yang tergendala hampir dua tahun lepas.
Aku tak minta, ini yang tertulis, aku harus terima, aku
harus menelan menghadam segalanya. Meski pahit itu jelas terasa.
Bak kata seorang penulis, kopi itu sememangnya pahit. Pahit jelas
terasa pada awalnya. Di penghujungnya, di sisa yang sedikit berbaki, ada manis
gula yang menanti di bawah. Tabahlah wahai diri, tenanglah wahai hati, dalam
jiwa yang melangkahi setiap hari mendatang.
Nak masak and siapkan hidangan, banyak halangan perlu kau
ngadap, sebelum kau kan nikmati kelazatan hidangan sesudahnya. Percik minyak
panas, hitam rentung dalam masakan, kau harus biasa.
Nak mula melangkah bertatih, kau harus belajar dan kenal
erti dan sakitnya saat kau jatuh. Tiada yang langsung capai sempurna tanpa cacat
cela. Tiada yang perfect tanpa practice, that makes "practice makes perfect", bukan "practice guarantees perfect". Setiap harus lalui fasa learning process begitu.
So, tak perlu bermasam muka kala ditimpa musibah, tak perlu
bermuram durjana kala sakitnya hati merasa, tenang saja.
Job baru, kerja baru, di tempat baru. Aku harus biasa,
setelah lama mengular. Sakit backbone, tergeliat segala macam jenis urat, no need make excuse.
Buku? That’s my point. Satu-satunya tempat yang aku apply
for job kosong, dipanggil interview, dan .. usai interviewnya, Alhamdulillah,
got accepted, of course in trial phase. Kau rasa? Tak logic kan. Sebelas orang
yang interview, just dua orang got accepted, aku dan someone. Is this my
fate? Aku pun tak tahu real meaning of ‘fate’.
Then, di situlah aku teruskan hidup, suatu pencarian, bukan
dalam soal pitis, tapi still dalam suatu pencarian erti sebuah kehidupan.
Tempat dibesarkan, aku tinggalkan. Tempat belajar, aku
tinggalkan. Hanya kenangan yang masih melekat di dinding minda, menanti
terlucut dek pecutan masa.
Aku sudah 20 lebih usia, dan mungkin job di bookstore ni
mungkin kurang sesuai buat usia macam aku, anggaplah ini macam my next stepping
stone.
Tetap melompat .. melompat .. dan melangkah .. berpindah dari satu batu
ke batu yang lain. Sepahit mana kau harus telan, hidup perlu diteruskan.
#MarkRose
Comments
Post a Comment