Stupid Diary First Year




31st Oct 2008


“First Year of My Stupid Diary”


Walhamdulillah. PMR dah settle, dah pun berlalu. Kau rasa, bila lagi mahu enjoy hidup yang sementara ni? Should I have some kind of party? Persoalan tanpa jawapan, tergantung tanpa tali. Konpem dah, itu dah mesti.


Korang percaya atau tak, secara 'official'nya, nilah first page of my Stupid Diary ni. Kenapa 'stupid', sebab sama stupid dengan tuannya jugak. Mungkin aku dah mula 'draf'kan diari ni since long time ago, tapi tu lebih kepada 'draf'. Dan aku pilih tarikh ni sebagai official date aku mulakan langkah baru dalam merekod insiden yang aku lalui.


Langit tak selamanya cerah. Cuaca tak selamanya indah. Panas tak selamanya menyerlah. Sampai masa mendung itu akan menjengah, menyapa mereka yang masih lengah, masih lelah dalam mengah. You guess what, usai berperang dengan PMR, teman lain boleh ber'party', ber'holiday', kau rasa, what happen to me? That become full of questions.


"Kubur masing-masing, bro"


Eh.. mestilah. Kau rasa aku nak share kubur aku dengan kau ke. Entah seksa aku lagi dahsyat, kau nak tumpang ringankan beban ke.


Ada masanya kau di atas, ada masanya kau di bawah. Putaran roda selalu adil. Kau tak selamanya di atas. Terkadang kau harus merasakan suasana dan fenomena di bawah. Jangan pertikai kerja Tuhan. Kau tabahkan hati, tetapkan jiwa, usap saja kasi tenang.


Jujur dan ringkasnya, aku seperti barang PosLaju, dihantar ke suatu tempat, atas suatu matlamat, atas suatu ketika, dan atas suatu alasan.



"Kau tak rasa ke diri kau tu annoyance kat sini"



Suara itu menjerit dalam mimpi siang aku. Dan, kau rasa, what should I do then? Ops, salah soalan, benda dah lepas. Kau rasa, how I've react after that? Guess la dulu, tak suspens la nanti.


#MarkRose


Comments

Popular Posts